Jom Kenali Kami Dengan Lebih Mendalam.
Siapa Kami?
Saya Adib Afifi merupakan “Sales Funnel Strategist” yang merupakan pengasas kepada syarikat Creater Technology Sdn Bhd yang merupakan sebuah website agency dgn jenama “createR”. Kini kami mengorak langkah kehadapan dengan mewujudkan sebuah jenama baru iaitu “SalesFunnel.my”.
Misi utama SalesFunnel.my adalah membantu pemilik bisnes dalam masalah integrated marketing sehingga mereka mampu meningkatkan jualan secara berterusan melalui strategy marketing yg betul.
Sejarah Penubuhan?
Pada tahun 2014, saya telah menubuhkan sebuah syarikat Travel Agency iaitu MKJ Travel & Tour Sdn Bhd. Teknik marketing yg kami gunakan pada masa itu memang focus kepada website sebagai platform utama kami. Oleh itu antara perkara paling bijak yg kami lakukan adalah mencipta sebuah website rasmi syarikat untuk tujuan marketing iaitu www.melancongkejepun.com.
Pada waktu itu, semua pesaing kami memang sudah lama bertapak di dalam platform social media serta mempunyai follower berpuluh ribu. Jadi kami mengambil keputusan untuk jadi “lain drpd yg lain” serta mengambil “jalan susah” untuk menggunakan website sebagai platform utama kami.
Antara teknik mudah yg kami gunakan adalah menulis blog artikel setiap 2 hari sekali di dalam website jenama kami kemudian share post tersebut di dalam FB Page serta IG. Setelah konsisten melakukan perkara tersebut selama 3 bulan, akhirnya teknik tersebut membuahkan hasil.
Google telah mengesan website kami sebagai sebuah website yg aktif serta menyediakan konten yg menarik untuk para pembaca, oleh sebab itu ranking website kami di google terus melonjak naik ke page pertama di ranking yg pertama.
Hasilnya, dalam masa beberapa hari website telah berlaku peningkatan pengunjung yg ramai ke website kami. Lebih menyeronokkan adalah apabila setiap hari anggaran 3-5 orang akan whatsapp no. customer servis kami yg mereka dpt melalui website kerana berminat dgn pakej yg kami tawarkan.
Hasil drpd perkara tersebut, syarikat kami berjaya mencatat jualan hampir RM 3 Juta ringgit pada tahun 2015 (tahun kedua syarikat beroperasi).
Hal ini menyebabkan saya terus berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai website & integrated marketing kerana telah terbukti berjaya menghasilkan result yg menabjubkan.
Pada tahun 2017, saya mengambil keputusan untuk berhenti drpd menjadi CEO & Share Holder di syarikat tersebut dan menjual semua share saya pada waktu itu. Modal hasil jualan share tersebut saya gunakan untuk membina sebuat website agency iaitu Creater Technology Sdn Bhd.
Membantu usahawan mempelajari, menguasai seterusnya menjalankan “integrated marketing” dengan strategi dan mindset marketing yang betul untuk meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.
1. Menyediakan “upfront value” dalam bentuk konten yg mampu menghasilkan “solution” secara percuma pada lebih 100,000 follower SalesFunnel.my dalam masa kurang 5 tahun.
2. Membantu minimum 100 usahawan mencapai jualan RM 1,000,000/setahun pertama mereka dgn strategi dan mindset “integrated marketing” yg betul dalam masa kurang 5 tahun.
3. Membantu lebih 1000 usahawan menjalankan kempem pemasaran “integrated marketing” menggunakan SF Starter Kit menjelang 31 Disember 2022.
4. Menjadi “brand of choice” kepada usahawan SME’s yg ingin mewujudkan platform website untuk tujuan “integrated marketing” dengan minimum 10% market share dlm masa 10 tahun.