Kini Dilancarkan Website Rasmi Khairi Aizat Consultancy

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram
Apa yg membezakan kami dengan pesaing adalah "how serious & commited we are to solve your problem", website ini adalah salah satu buktinya..

Pada awal Jun 2019, pihak Khairi Aizat Consultancy telah membuat keputusan untuk menaik taraf website rasmi kami. Jika sebelum ini website rasmi kami lebih bertindak sebagai portal sahaja, kini kami akan menaik taraf sistem untu menjadikan website lebih versatail sesuai dengan permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Berikut adalah proses penghasilan website kami

Proses Rekaan Menggunakan Adobe XD

Rekaan yang dipilih adalah gaya korporat & minimalist sesuai dengan “brand identity” jenama Khairi Aizat Consultancy. Selain itu kami menggunakan gambar Founder & CEO kami iaitu tuan Khairi Aizat sebagai “the face of the brand” yang ditonjolkan dibahagian banner website.

Hal ini adalah sangat penting untuk mewujudkan “trust” serta meningkatkan “kredibiliti kami sebagai pakar dalam pengurusan kewangan. Selain itu kami juga mewujudkan beberapa kempen-kempen yang menarik seperti “book free consultation” dimana para pengunjung boleh menempah sesi konsultasi pendek secara atas talian bersama team kami untuk mengenal pasti apakah masalah yg anda hadapi & bagaimana kami boleh membantu anda.

Selain daripada rekaan versi dekstop, rekaan versi tablet serta mobile juga diwujudkan bagi memudahkan pelanggan. Kami sedar bahawa hampir 80% pengguna adalah menggunakan smart phone apabila berurusan dengan kami, oleh itu “mobile version” ini pastinya akan memudahkan semua pihak.

Screenshot Versi Dekstop
Screenshot Versi Tablet
Screenshot Versi Mobile

Kami berharap dengan kewujudan website rasmi kami ini kami mampu memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami serta bakal pelanggan pada masa akan datang. Kami sangat berharap agar lebih banyak pihak berjaya mencapai taraf bebas hutang seterusnya berjaya keluar daripada kemelut kewangan.

Akhir kata kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team SalesFunnel.my kerana mencipta website ini dengan servis yang terbaik. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.